Panglima Angkatan Tentera | |
---|---|
Bahasa Thai: ผู้บัญชาการทหารสูงสุด | |
Kementerian Pertahanan | |
Lapor kepada | Menteri Pertahanan |
Pusat | Lak Si, Bangkok |
Penama | Menteri Pertahanan |
Dilantik oleh | Raja Thailand |
Dibentuk | 13 November 1940 |
Pemegang pertama | Fil Marsyal Plaek Phibunsongkhram |
Tapak web | Tapak web rasmi |
sunting · sunting di Wikidata |
Panglima Angkatan Tentera, sebelum itu dikenali sebagai Panglima Tertinggi, (Bahasa Thai: ผู้บัญชาการทหารสูงสุด ) adalah panglima medan keseluruhan Angkatan Tentera Diraja Thai. Beliau juga bertanggungjawab mengurus Markas Angkatan Tentera Diraja Thai (disingkat sebagai MK ATDT). Jangan dikelirukan dengan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Diraja Thai yang merupakan Ketua Negara dan Raja Thailand.
Sebelum tahun 1960 jawatan ini adalah ciptaan ad hoc oleh Fil Marsyal Plaek Phibunsongkhram, semasa Perang Dunia II. Namun, dibawah Fil Marsyal Sarit Thanarat jawatan tersebut menjadi kekal, dan bahkan pada awal kewujudannya telah digabungkan dengan jawatan Perdana Menteri Thailand. Pada Februari 2008 nama Inggeris jawatan itu telah ditukar dari Supreme Commander (Panglima Tertinggi) ke Panglima Angkatan Tentera dengan penyusunan semula Markas Perintah Ulung kepada Markas Angkatan Tentera Diraja Thai (walaupun istilah Thai tetap sama).
Oleh kerana Panglima Angkatan Tentera bertindak seperti koordinator antara cabang perkhidmatan dan beliau memerintah pasukan tentera lebih kecil dari Tentera Darat, Tentera Laut, Tentera Udara, jawatan ini biasanya dikhaskan untuk jeneral kanan tentera yang tidak akan dilantik sebagai Panglima Tentera Darat Diraja Thai. Sudah menjadi kebiasaan untuk melantik panglima angkatan tentera ke pangkat empat bintang bagi ketiga-tiga cabang perkhidmatan dalam Angkatan Tentera.
Panglima terkini ialah Jeneral Chalermpol Srisawat sejak Oktober 2020.